Belajar dengan Menari
Belajar menggunakan Pergerakan Badan yang membantu pelajar untuk lebih mudah ingat.
Belajar dengan bercerita
Kanak-kanak suka mendengar cerita, dengan cerita mereka lebih mudah mengingati. Jadi belajar mengaji juga menggunakan pendekatan bercerita agar murid cepat ingat dan faham.
Cara Mudah dan Cepat
Kaedah Haraki tidak menekankan nama hukum tajwid dalam pembelajaran kerana ianya menyebabkan pelajar terbeban dengan nak hafal nama hukum. Apa yang menjadi keutamaan adalah membaca Al Quran dengan Tajwid bukan belajar hukum Tajwid
Menggunakan bahasa yang mudah difahami
Apabila tak perlu belajar nama Tajwid maka tajwid akan diajar menggunakan istilah Bahasa Melayu yang kita selalu dengar dan ini sangat membantu pelajar untuk membaca Al Quran dengan lebih yakin